Atlet bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, sudah berada di tahap 80 peratus bersedia untuk menghadapi dua tugasan penting tahun ini, bermula dengan Kejohanan Asia di India, bulan depan.
Syarul, yang sudah empat kali bergelar Mr Asia, berhasrat mengekalkan gelaran berkenaan dengan memanfaatkan sebaik mungkin tempoh persiapan selama tiga minggu ini.
Keutamaannya kini adalah kepada pengambilan pemakanan yang lebih khusus di samping mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan.
Selain itu, dia juga dalam persediaan untuk memburu gelaran Mr Universe ketiga dalam Kejohanan Dunia di Chiang Mai, Thailand, Disember nanti.
"Setakat ini, persiapan saya berjalan lancar. Saya sudah bersedia 80 peratus.
"Tinggal lagi saya cuba mendapatkan bentuk fizikal yang lebih baik, jadi saya perlu menjaga pemakanan dan latihan supaya tiada kecederaan pada saat-saat akhir.
"Saya sentiasa mendapatkan pandangan daripada pihak persatuan dan jurulatih," katanya.
Mengulas cabaran dalam Kejohanan Asia nanti, Syarul menjangkakan persaingan lebih sengit, khususnya daripada beberapa nama besar di rantau ini.
Begitupun, tumpuan juga perlu diberikan kepada peserta bukan pilihan yang dijangka mampu mencipta kejutan mengatasi atlet lebih berpengalaman.
"Mungkin ada muka baru, saya tidak pasti lagi mengenai mereka.
"Bagi pencabar lama saya, mereka sudah pasti ingin bergelar juara.
"Oleh itu, saya perlu buat yang terbaik supaya dapat mengibarkan Jalur Gemilang," katanya lagi.