Rentetan kegagalan mencapai sasaran yang dituntut Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF), Syakilla Salni Jefry Krishnan kini mengharapkan bekas jurulatih, Andris Vasiljev, kembali membimbingnya.
Atlet karate negara, Syakilla, gagal mengumpul sebarang mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 setakat ini.
Tanpa berselindung, dia mengharapkan kelibat Vasiljev kembali melatihnya dan tampak tidak mahu berlatih di bawah ketua jurulatih kebangsaan ketika ini, Ali Reza Souleymani.
Pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam menyaksikan situasi itu bakal memihak kepada Syakilla.
"Usaha untuk mendapatkan hasil yang baik bersama jurulatih gagal diraih dan akhirnya kami berjaya menghubungi bekas pengendali. Syakilla juga dapat menghubungi Vasiljev yang kini berada di Latvia," kata Syed Saddiq.
"Selepas berbincang semalam, perancangan yang didapati adalah Syakilla telah melahirkan keinginan untuk kembali berlatih bersama Vasiljev di sana. Namun, persetujuan perlu dicapai dan MSN akan memberi sokongan."
Demi menjamin kesinambungan kecemerlangan atlet itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk memenuhi permintaan Syakilla dan kini hanya menunggu jawapan daripada Vasiljev.
"Kami mahu memberikan sokongan penuh kepada Syakilla dan tidak mahu menambah tekanan untuk dia. MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) akan menyokongnya sebagai usaha ke Olimpik Tokyo 2020," tambah Syed Saddiq.
Syakilla terpaksa menamatkan program latihan di Amsterdam, Belanda ekoran kecederaan dan masalah berat badan.
Dia terlepas dua kejohanan K1 di Qatar dan Austria sehingga menghuni ranking ke-69 dunia.