Semua mata kini tertumpu ke Taman Ekuestrian Putrajaya apabila dua pasukan elit ragbi sekolah; Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP Falcons), dan juara bertahan, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Tsunami), bakal berentap dalam Grand Final Divisyen Akademi Super Schools Rugby (SSR) 2025 pada petang Ahad ini.
Sebagai pembuka tirai ke pentas akhir ini, sidang media rasmi SSR Academy Division 2025 Grand Final Media Scrum hari ini menyaksikan kedua-dua jurulatih menyuarakan keyakinan tinggi dan menekankan betapa besarnya impak perlawanan ini terhadap masa depan ragbi sekolah di Malaysia.
Rekod tanpa kalah dari awal musim menjadi latar dramatik bagi perlawanan akhir ini -- satu pertarungan bukan sahaja untuk maruah, tetapi juga untuk ganjaran tunai tertinggi dalam sejarah Divisyen Akademi SSR.
Juara akan membawa pulang RM10,000, manakala naib juara menerima RM5,000, menjadikan jumlah hadiah tahun ini hampir dua kali ganda berbanding edisi sulung 2024 yang dimenangi oleh SSTMI.
SSMP yang dikemudi oleh ketua jurulatih Mohd Nasrul Hakim tiba di pentas akhir selepas menewaskan Akademi Ragbi Selangor dalam perlawanan separuh akhir penuh debaran, 28–26.
Pemain utama mereka, Airel Nurafifi Azhar, telah mengumpul 38 mata sepanjang musim ini.
“Perlawanan akhir ini adalah simbol kejayaan kerja keras kami sepanjang tahun.
"Bertemu SSTMI, pasukan yang sangat kami hormati, menjadikan pentas ini lebih bermakna.

"Kami sedia untuk melakar sejarah SSMP dengan semangat dan disiplin yang tinggi," katanya.
Sementara itu, SSTMI yang dipimpin bekas kapten pasukan kebangsaan, Mohd Syahir Asyraf, hadir sebagai pasukan penuh pengalaman yang mahu mempertahankan kejuaraan mereka.
Kemenangan ke atas SMK King Edward VII (27–22) dalam separuh akhir menegaskan kekuatan mereka yang digerakkan oleh Muhammad Haikal Ismail (61 mata) dan Mohamad Razali Rizal (9 try).
“Setiap kali SSTMI beraksi di pentas akhir, kami bawa nama besar yang perlu dipertahankan.
"Tapi lebih penting, kami ingin tunjukkan bahawa pembangunan bakat di peringkat sekolah mampu melahirkan bintang masa depan.
"Perlawanan ini adalah untuk seluruh komuniti ragbi Malaysia," kata Syahir.