Kejutan besar berlaku Grand Final Super Schools Rugby (SSR) Academy Division apabila gelaran juara menjadi milik Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) Falcons di Putrajaya, hari ini.
Berdepan juara bertahan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Tsunami, dua pasukan elit itu dalam misi tersendiri, namun pertembungan sengit ini menyaksikan babak pertama berlangsung tanpa sebarang kutipan mata.
Pertarungan dua corak permainan yang berbeza menjadikan pertemuan ini perang taktikal daripada kedua-dua jurulatih.
Sebaik separuh masa kedua bermula, corak permainan SSMP sedikit berbeza apabila mengesan ruang kelompongan di bahagian benteng SSTMI.
Percaturan taktikal itu berhasil apabila hanya lima minit diperlukan SSMP untuk merekodkan try menerusi kapten pasukan, Airel Nurafifi Azhar.
Tindakan pantas Airel Nurafifi nyata memerangkap SSTMI dan kelebihan itu dilengkapkan menerusi conversion sempurna Adam Hadafie.
7 minit berselang, SSMP meraikan try kedua apabila gerakan yang dimulakan Airel Nurafifi disempurnakan Ibrahim Bakhtiar untuk meleberkan penguasaan pasukan yang juga dikenali sebagai The Falcons.
Meskipun, juara bertahan, SSTMI bangkit di penghujung permainan, namun terlalu lewat untuk mengejar dan terpaksa akur bahawa mahkota kejuaraan menjadi milik Sekolah Sukan Malaysia Pahang 12 berbalas 10.
"Kami dari awal lagi ada kelebihan sebenarnya.
"Pasukan lawan mengumpul pemain terbaik dari seluruh negeri Johor tapi majoriti pemain saya tersendiri daripada pelajar SSMP daripada tingkatan dua sampai tingkatan lima.
"Dari situ kami tahu SSTMI tiada keyakinan untuk menghadapi perlawanan akhir dengan kami. Mereka perlu ambil pemain luar untuk perkuatkan pasukan.
"Pemain-pemain saya memang berdisiplin. Walaupun mereka budak kampung tapi tidak nakal," kata ketua jurulatih SSMP Falcons, Kapten (B) Yusri Ashan, selepas perlawanan
Tambah Airel Nurafifi: "Kami kenal pasti corak permainan lawan menerusi separuh masa pertama. Kami tahu mereka akan ofsaid."