Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau Cougars mencipta sensasi apabila dinobatkan selaku juara Super Schools Rugby Malaysia 2025 buat kali pertama selepas menewaskan jaguh dua kali iaitu Victoria Institution (VI) di Putrajaya, semalam.
Ketua jurulatih MRSM BP Cougars, Izzuwan Ahmad Sukri, berkongsikan hasratnya sebelum ini untuk membawa nama MRSM setanding pasukan gergasi lain tercapai selepas lapan tahun memacu pasukan itu.
"Kemenangan ini bagi kami penting dan bermakna kerana saya sendiri telah lapan tahun bekerja dan sukan ini didominasi sekolah premier dan sekolah berasrama penuh.
"MRSM sekadar menyertai sahaja (sebelum ini). Saya mahu ubah persepsi itu dengan rangka kerja dan inilah standard kejayaan yang perlu diikuti oleh MRSM lain.
"Aspek taktikal dan teknikal memang perlu dikuasai pemain dan ia bergantung kepada pasukan lawan yang akan kami hadapi.
"Kunci kejayaan sesebuah permainan adalah penguasaan bola, saya selalu pesan dalam bilik persalianan kerana ia asas dalam sukan ragbi." katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Super Schools Rugby Malaysia (SSR), Shahrizin Shaharudin, berkongsikan cabaran dalam mencari venue bagi pentas akhir pengajuran kejohanan itu.
Ini susulan persepsi mengenai sukan itu yang 'merosakkan padang', menyukarkan untuk mendapat stadium terbaik.
"Lokasi final memang impian agar dapat stadium yang sesuai, tidak banyak stadium yang membenarkan sukan ragbi bermain di atas padang mereka. Kerena ada persepsi rosakkan padang.
"Tahun ini bertuah kerana Astro mahu siarkan siaran langsung pentas akhir kali pertama. Sudah 10 edisi, kualiti dan jumlah juga meningkat. Kami jangkakan ia akan memberikan impak dari masa ke semasa." tambahnya.