Skip to main content

Sepak Takraw

Sumali mahu selesai kemelut PSM-ASTAF

sepaktakraw-(1).jpg
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) baru, Datuk Sumali Reduan, berikrar mahu menyelesaikan kemelut dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) sebelum berlangsungnya Sukan SEA Vietnam bagi mengelak kesan jangka panjang buat skuad kebangsaan.

Sebanyak 10 ahli gabungan hadir menerusi wakil masing-masing dalam mesyuarat agung PSM yang berlangsung selama 2 jam di ibukota.

Hanya Labuan dan Kedah sahaja tidak menghantar wakil, namun masih menyatakan sokongan kepada kepimpinan baru PSM.

Datuk Sumali Reduan diangkat menjadi presiden secara rasmi setelah lawan, Zuraidin Abdullah dari Kelantan menarik diri.

Justeru antara perkara utama yang ingin diselesaikan sebagai presiden adalah membuat pertemuan segera dengan Pesuruhanjaya Sukan (PJS) bagi menerangkan secara terperinci kedudukan badan induk itu, di samping cuba memujuk tiga ahli gabungan, iaitu Selangor, Putrajaya dan Labuan untuk kembali semula ke pangkuan PSM.

PSM juga sedia menerima semula kehadiran Perlis yang sebelum ini digantung selama lima tahun dengan hukuman akan berakhir bulan depan.

Terdahulu bekas pemangku presiden, Datuk Akramuddin Abdul Aziz menjelaskan punca dia tidak bertanding untuk penggal kali ini bagi beri ruang buat muka baru menerajui PSM.

Terdahulu, Datuk Sumali juga memberikan bayangan akan membuat rombakan terhadap struktur kejurulatihan negara.

Namun ia bukanlah rombakan besar-besaran memandangkan masa kian suntuk tatkala Malaysia mempunyai dua misi penting tahun ini, iaitu Sukan SEA Vietnam Mei ini dan seterusnya mempertahankan emas di Sukan Asia Hangzhou September depan.

Advertisement

Must Watch Video