Kontinjen Melaka membuka tirai Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 dengan cemerlang apabila merangkul tiga emas daripada keseluruhan lima pingat yang dipertandingkan hari ini di gelanggang wushu di Dewan Kolej Matrikulasi Gopeng.
Atlet berusia 16 tahun dari Malim, Melaka, Si Shin Peng, menjadi penerima pingat emas pertama temasya Sukma 2018 apabila muncul peserta yang paling tinggi kutipan mata dalam kategori jianshu lelaki dengan 9.48 mata, diekori atlet Sarawak, Elvic Bong Qian Zheng (9.40) untuk meraih perak dan gangsa menjadi milik atlet Terengganu, Mohamad Afiq Danial Mohd Firdaus Chua.
“Saya berjaya mengubati kekecewaan dalam Sukma 2016 di Sarawak apabila berjaya meraih pingat emas kali ini dan latihan selama enam bulan sebelum menyertai Sukma sangat membantu. Saya amat bangga dengan pencapaian ini,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan aksinya hari ini.
Sementara itu, emas kedua Melaka pula hadir menerusi Tammy Hui Ling yang mempamerkan aksi memukau sehingga berjaya menambat hati juri untuk mengutip mata tertinggi dalam kategori jianshu wanita dengan 9.44 mata manakala atlet Sarawak, Stephanie Ngu Chai Ern, meraih perak (9.40) dan wakil Perlis, Wong Kai Xin, terpaksa berpuas hati dengan gangsa (9.34).
“Saya tidak menyangka akan menang pingat emas hari ini kerana senior saya turut bertanding dalam kategori itu. Saya cuma lakukan yang terbaik dan kurangkan daripada melakukan kesilapan,” kata Tammy yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Tan Cheong Wan meneruskan aksi cemerlang kontinjen Melaka apabila merangkul emas dalam kategori gunshu lelaki setelah mengutip 9.58 mata, meninggalkan atlet Pulau Pinang, Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua, untuk pingat perak dengan 9.45 mata dan gangsa diraih atlet Sarawak, Clement Thian Fung Seng, yang memungut 9.43 mata.
Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Wushu Melaka, Yong Kheng Chien, menyuarakan keyakinan bahawa barisan atletnya mampu menyumbang sekurang-kurangnya dua lagi pingat emas buat kontinjen Melaka.
“Pencapaian hari ini sangat baik di mana semua atlet berjaya mempamerkan kualiti yang baik dalam persembahan mereka dan saya harap ia dapat dikekalkan sepanjang temasya ini,” katanya.
Gelanggang wushu menawarkan tujuh lagi pingat emas esok.
Sukma Perak 2018 yang akan dibuka secara rasmi malam ini akan berlangsung sehingga 22 September, dengan menawarkan 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.
Sementara itu, atlet wushu Sarawak, Lee Hui Xian, akhirnya menamatkan badi sejak 2014 apabila berjaya menuai pingat emas pertama buat dirinya dan kontinjen Sarawak dalam acara itu.
Atlet berusia 18 tahun itu mengumpul catatan mata terbaik 9.54 untuk muncul pemenang pingat emas kategori nandao wanita (pedang), 0.19 mata di hadapan pemenang pingat perak dari Melaka, Tan Cheong Min, yang mengumpul 9.45 mata manakala peserta tuan rumah, Perak, Wong Xin Yi, sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa (9.35).
Dalam temasya Sukma 2014 di Perlis, Hui Xian meraih pingat gangsa kategori gunshu dan pada edisi 2016 di Sarawak pula, dia meraih pingat perak bagi kategori yang sama.
Mengulas persembahannya hari ini, atlet itu ternyata berpuas hati dengan kejayaan merangkul emas dan menyifatkan penantian, kesabaran dan usaha kerasnya selama ini berbaloi.
“Saya berterima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan dan juga jurulatih yang memberi tunjuk ajar sehingga saya berjaya mendapat emas kali ini,” katanya.
Hui Xian turut mempunyai sasaran terbaru selepas memenangi pingat emas hari ini apabila memberitahu dia meletakkan sasaran untuk membuat penampilan dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
“Saya akan berusaha untuk menempatkan diri dalam skuad kebangsaan dan menjelang umur saya 20-an, saya mahu mewakili negara ke Sukan Asia,” katanya yang mengakui filem kung-fu banyak mempengaruhinya pada awal penglibatannya dalam sukan berkenaan.
-- BERNAMA