Teraju utama skuad taekwondo kontinjen Sarawak, Randy Owen, membuktikan status sebagai atlet elit apabila menuai dua kilauan pingat emas dan satu perak pada hari pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Owen memulakan kempen Sukma dengan detik signifikan menerusi poomsae berpasukan lelaki hasil gandingan bersama Fedealis Kom dan Mohd Issharil Mazlan.

Sensasi Owen diteruskan dalam acara poomsae individu menuai emas kedua peribadi sebelum mengakhiri saingan poomsae berpasukan campuran dengan perak.

Dan apabila ditanya bagaimana dirinya kekal cemerlang, jawapannya terletak pada permulaan yang sukar, yang menjadikan dirinya atlet yang jauh lebih lengkap.

"Saya memulakan taekwondo di Sekolah Menengah Lundu pada umur 13 tahun dan setahun kemudian, berpindah ke Kuching untuk mendapatkan kemudahan latihan yang lebih baik.

"Perngalaman berlatih di atas konkrit di Lundu memberikan kesakitan dan mencederakan kaki atlet.

"Tapi sekarang latihan di Kuching memudahkan usaha saya," katanya.