Walaupun sekadar memenangi pingat perak, atlet angkat berat wanita Sabah, Nilcy Tunik, tetap gembira dengan pencapaiannya, lebih-lebih lagi ia adalah penyertaan pertamanya dalam Sukan Malaysia (Sukma) selain tidak menetapkan apa-apa sasaran dalam temasya kali ke-19 di Perak itu.
Atlet berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Sunsuron, Tambunan itu berkata pencapaiannya kali ini adalah yang terbaik pernah dicapainya.
"Sebelum ini, saya pernah menyertai beberapa kejohanan kebangsaan, namun kejayaan memperoleh pingat perak dalam Sukma adalah pencapaian terbaik saya setakat ini.
"Selain itu, saya juga gembira kerana berjaya memperbaharui rekod peribadi bagi acara clean and jerk 48kg," katanya.
Dalam acara itu, atlet Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri, muncul pemenang pingat emas dengan angkatan 81kg, hanya satu kilogram melebihi Nilcy yang mengakhiri pertandingan di tempat kedua dengan angkatan 80kg manakala gangsa pula dimenangi Siti Zaleha Yusop dari Pahang.
Terdahulu, Nilcy turut bersaing bagi acara snatch 48kg, namun, hanya berjaya menduduki tempat kelima dengan angkatan 56kg.
Dalam pada itu, Nilcy yang merupakan pelajar tingkatan lima di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) bertekad untuk berlatih bersugguh-sungguh selepas ini bagi mencapai hasratnya beraksi dalam Sukan Komanwel.
"Saya masih berpeluang untuk beraksi dalam dua lagi temasya Sukma, namun, impian saya adalah untuk mewakili negara bertanding dalam Sukan Komanwel akan datang dan saya perlu bekerja lebih keras menuju ke arah itu," katanya.