Pelumba Terengganu, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, mengetepikan masalah kesihatan untuk mempamerkan kayuhan bertenaga bagi menuai emas kedua Terengganu dalam acara berbasikal (lebuh raya) ujian masa individu lelaki Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini.
Pelumba prolifik yang berasal dari Setiu, Terengganu itu mencatat masa terpantas 43 minit 53.128 saat, meninggalkan rakan sepasukan, Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri, di tempat kedua dengan catatan masa 44:52.161s. Pingat gangsa diraih pelumba dari Selangor, Muhsin Al Redha Misbah, dengan catatan 45:35.035s.
Mengulas mengenai perlumbaannya, Nur Aiman, 20, berkata pelbagai dugaan menimpanya sebelum menyertai perlumbaan hari ini.
“Sebelum ini, dalam Sukan Asia Indonesia, saya mengalami demam yang mengganggu persembahan dan semalam, saya sekali lagi mengalami demam, namun saya gagahkan juga kerana ini merupakan Sukma yang terakhir.
“Tetapi hari ini saya bersyukur dapat menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas serta menyumbang pingat untuk negeri kelahiran saya,” katanya.
Untuk rekod, Nur Aiman merupakan penyandang pingat emas acara yang sama pada edisi Sukma yang lalu di Sarawak.
Terdahulu, Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Nurul Najihah Inani A. Aziz masing-masing menghadiahkan emas pertama dan perak buat Terengganu dalam kategori ujian masa individu wanita pada sesi sebelah pagi -- menjadikan acara berbasikal kekal sebagai lubuk emas untuk kontinjen Sang Penyu.
— BERNAMA