Perenang Universiti Taylor, Yeap Zheng Zang, dan perenang Universiti Putra Malaysia (UPM), Angela Chieng Chui Fei, dinobat senagai olahragawan dan olahragawati Sukan Insititusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 dalam upacara penutup yang berlangsung hari ini.
Kejayaan Zheng Yang memperbaharui tiga rekod kejohanan dan meraih lima pingat emas secara keseluruhan membolehkan atlet ini dipilih sebagai olahragawan.
Ketiga-tiga rekod baru kejohanan yang dipecahkan oleh Zheng Yang adalah dalam acara 1,500 meter, 400m dan 800 meter gaya bebas.
Angela pula cemerlang dengan enam pingat emas dan lima daripada kemenangannya merupakan rekod baru kejohanan edisi ini.
Kedua-dua perenang ini merupakan atlet kebangsaan yang baru menyertai SUKIPT buat kali pertama.
"Memang saya tidak jangka kerana banyak sukan dipertandingkan dan ini adalah penyertaan pertama saya dalam SUKIPT. Saya sememangnya tidak jangka memenangi olahragawan ini. Ia satu kejutan bagi saya," kata Zheng Yang.
"Saya tidak jangka tetapi saya melakukan yang terbaik untuk UPM dan mengambil SUKIPT ini dengan serius. Ini adalah ganjaran tambahan buat saya," kata Angela pula.
Pasukan wanita terbaik SUKIPT 2018 disandang oleh pasukan bola jaring UPM manakala pasukan lelaki terbaik pula dimenangi oleh skuad bola tampar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).