Universiti Putra Malaysia (UPM) puas apabila dapat menafikan hasrat Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk melakar hatrik bergelar juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018.
UPM berjaya mengumpul 44 pingat emas, sekali gus mengangkat mereka sebagai juara keseluruhan SUKIPT edisi ini, meninggalkan UiTM di tempat kedua dengan perbezaan dua pingat emas sahaja.
Semestinya ia satu pencapaian terbaik UPM di atas usaha keras barisan atlet demi memastikan mereka berjaya mengungguli kutipan pingat emas tertinggi biarpun pada awalnya, UiTM memberi persaingan yang cukup sengit.
"Kami sudah merangka lebih kurang setahun lalu, bukannya jangka pendek. Kami sudah mengenal pasti sukan-sukan yang kami berasakan perlu diberi penekanan. Penekanan itu bermaksud melakukan pembangunan dengan lebih terancang," kata ketua kontinjen UPM, Dr Hanafiah Ayub.
UiTM pula tetap berbangga dengan pencapaian kesemua atlet yang terlibat sungguhpun gagal untuk meraih juara keseluruhan buat kali ketiga.
Dengan jurang emas yang tidak jauh, mereka bertekad merampas kembali kejuaraan dalam SUKIPT 2020.
"Kami sebenarnya mempunyai masa yang terhad untuk mempersiapkan pasukan dengan mengambil kira peperiksaan akhir.
"Bagaimanapun, kami berjaya mengumpul atlet dari seluruh Malaysia. Kami mengambil masa seminggu untuk mengadakan latihan pusat. Saya rasa itu faktor utama kekalahan kami pada kali ini," kata timbalan ketua kontinjen UiTM, Mohd Fizol Daud.