Sukan renang Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 menutup saingan dengan 12 emas ditawarkan pada hari terakhir yang menyaksikan Universiti Taylor muncul juara keseluruhan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Sebanyak sembilan rekod kejohanan berjaya dilakukan oleh perenang, menjadikan jumlah keseluruhan 29 rekod kejohanan baru dicatat mereka.
Universiti Taylor dicabar hebat Universiti Sunway dengan jurang satu pingat emas semalam, sebelum Universiti Taylor berjaya menambah 12 pingat emas lagi pada hari ini.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang muncul kontinjen kedua yang menyerlah dalam edisi dua tahun lalu, bagaimanapun, terpaksa berpuas hati untuk mengakhiri saingan di tempat keempat.
Turun selaku perenang kebangsaan bukan satu alasan untuk mengambil mudah SUKIPT 2018 selepas cemerlang mengakhiri kesemua acara hari ini demi pingat emas buat IPT masing-masing.
"Saya bangga dengan usaha saya di sini. Memang bagus kejohanan ini bertambah menarik.
"Saya akan berlatih dengan gigih untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Perak, beberapa bulan lagi.
"Dengan kepercayaan jurulatih dan sokongan keluarga, saya percaya mampu beraksi baik dan membuatkan negeri saya, Selangor, bangga," kata perenang kebangsaan, Jordan Yip, yang mewakili Universiti Taylor.
Perenang wanita kebangsaan, Caroline Chan, sempat berkongsi kekaguman terhadap cabaran yang semakin sengit meskipun dalam kalangan mahasiswa.
"Dalam edisi lalu, Universiti Sunway menguasai kolam renang, namun pada kali ini, Universiti Taylor memberi saingan hebat.
"Ini satu pengalaman yang sangat baik," katanya.