Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempertaruhkan 17 atlet kebangsaan dalam misi membantu kontinjen itu merebut gelaran hatrik juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 yang bakal bermula Sabtu ini.
Seramai 442 atlet bakal mempertaruhkan aksi dalam SUKIPT edisi ini dengan 17 daripada mereka adalah atlet Malaysia.
Ini merupakan jumlah penyertaan paling ramai daripada UiTM berbanding 380 atlet pada 2016.
UiTM, yang merupakan juara 2016 selepas meraih 53 pingat emas, sedar dengan tumpuan yang diberikan oleh pencabar lain untuk menyekat mereka meraih gelaran juara keseluruhan buat kali ketiga, dengan 58 emas menjadi sasaran baru.
"Tekanan amat dirasai, ditambah pula dengan kehadiran jemputan universiti antarabangsa.
"Dengan program yang telah dilaksanakan, kami yakin UiTM mampu memenangi kejuaraan buat kali ketiga," kata Ketua Urusetia Kontinjen UiTM, Nor Ashikin Hassan.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, semestinya tidak terkecuali untuk UKM sebagai tuan rumah mampu memberi saingan hebat biarpun hanya 11 atlet Malaysia yang terlibat.
"UKM menaruh harapan tinggi dan mahu memberi saingan hebat kepada semua kontinjen.
"Seramai hampir 300 atlet UKM akan bertanding sebaik mungkin," katanya.