Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT: Skuad bola tampar USIM mara ke pusingan kedua

volleyball.jpg
Acara bola tampar lelaki yang memasuki hari ketiga menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menempah slot ke pusingan kedua Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 selepas muncul juara Kumpulan H.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini, USIM mengatasi UCSI dengan kemenangan 2-1.

Bagaimanapun, USIM terlebih dahulu ketinggalan selepas USCI meraih kemenangan dalam set pertama 25-20.

Mereka bangkit untuk mencipta kemenangan dalam set kedua 25-20 untuk membawa perlawanan ke set penentuan.

USCI, bagaimanapun, kerap melakukan kesilapan dan peluang itu diambil USIM untuk meraih kemenangan 15-6.

"Untuk pusingan kedua, kami akan terus memberikan yang terbaik. Walaupun USIM bukan pasukan pilihan, kami akan cuba untuk terus mencipta kejutan," kata penolong ketua pasukan, Aeman Al-Baqir.

Advertisement

Must Watch Video