Atlet olahraga negara, Norliyana Kamaruddin, tetap berjaya meraih pingat emas acara lompat tinggi meskipun bergelut dengan kecederaan lutut dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), hari ini.
Liyana mendapat kecederaan di kedua-dua lututnya ketika menjalani latihan selepas berakhir Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.
Masih lagi menjalani proses pemulihan, namun keinginannya tetap tinggi untuk beraksi dalam temasya SUKIPT di mana dia meraih emas pertamanya bagi acara lompat tinggi dengan catatan 1.65 meter.
Ia bukannya semata-mata demi pingat, tetapi atlet berusia 27 tahun itu mahu menilai sejauh mana kemampuannya beraksi dengan keadaan lutut yang masih lagi sakit.
"Bagi saya, ia pencapaian yang baik untuk kejohanan pertama tahun ini. Saya masih dalam kecederaan dan jurulatih pun tidak menyasarkan pencapaian tinggi untuk saya," katanya.
Ditanya adakah ingin kembali fokus kepada acara lompat tinggi pada tahun ini, Norliyana berkata dia mahu memberi perhatian kepada satu acara sahaja, iaitu heptatlon.
"Lompat tinggi memang kegemaran saya tetapi saya masih akan tetap kekal dengan heptatlon. Latihannya akan membantu saya dalam cara lompat tinggi," ujarnya.