Atlet lompat jauh negara, Luqman Hakim Ramlan, mahu melupakan episod duka dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, sebaliknya memulakan tahun ini dengan kejayaan dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 agar mencerahkan peluangnya dalam Sukan Asia Jakarta dan Palembang, Ogos depan.
Sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan dalam Sukan SEA, Ogos lalu cukup memberi pengalaman pahit kepada Luqman.
Oleh itu, dia menyasarkan lompatan 7.55 meter bagi melayakkannya secara merit ke temasya di Jakarta dan Palembang itu.
Justeru, dia yang mewakili UiTM, menganggap SUKIPT 2018 adalah kejohanan penting dalam pemburuan kejayaan pertama tahun ini dan secara tidak langsung membantunya mengulangi pencapaian dalam temasya sama empat tahun lalu apabila dinobatkan Olahragawan 2014 berikutan catatan rekod kejohanan dengan lompatan 7.53m.
Pencapaian itu melayakkannya ke Sukan Asia di Incheon dan sudah pasti Luqman mahu memastikan rekod itu kekal miliknya dengan sasaran baru, 7.55m, untuk layak ke Sukan Asia.
"Sudah tentu saya menyasarkan untuk layak ke Sukan Asia kerana sudah banyak berkorban waktu belajar saya," katanya.
Dia tidak menolak masih lagi bergelut dengan kecederaan belakang yang dialami sejak tahun lalu.
Namun, Luqman mengetepikan kecederaan itu bagi memastikan misinya tetap terlaksana.
"Saya belum pulih sepenuhnya, setakat ini 70 peratus sahaja.
"Kalau ditimpa kecederaan, atlet tidak boleh bersikap manja, kami perlu terus berlatih kerana lama-kelamaan ia akan hilang.
"Ia berkaitan dengan psikologi," katanya lagi.