SUKAN LAIN
SUKIPT: Badrirullah tepati ramalan ke separuh akhir
Pesilat Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Badrirullah Rahmat, mara ke separuh akhir acara putera H dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), hari ini.
Dengan status sebagai pesilat negara, Badrirullah cemerlang mengatasi lawan daripada Universiti Malaysia Kelantan, Abdul Hafiz Kamarudin, 5-0.
"Saya telah berusaha dengan baik ketika berdepan Hafiz sebelum meraih kemenangan. Ini merupakan kejohanan pertama sejak Sukan SEA Kuala Lumpur, tahun lepas," kata Badrirullah.
Iklan
"Saya menjangkakan saingan yang sengit dalam aksi separuh akhir nanti."
Sementara itu, Badrirullah tidak kecewa kerana mengambil keputusan untuk keluar daripada skuad kebangsaan bagi menyempurnakan pengajiannya.
"Saya telah menangguhkan pengajian selama dua tahun kerana beraksi dalam skuad kebangsaan. Saya mengambil keputusan untuk berehat dahulu dan menyelesaikan pengajian saya dan kembali beraksi untuk saingan Sukan SEA 2019 nanti," kataya lagi.
Must-Watch Video