Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT: Azam baru Fu Kang

wong-fu-kang.jpg
Perenang kebangsaan, Wong Fu Kang, berhasrat mendapatkan kembali prestasi sebenar selepas meraih pencapaian hambar tahun lalu dengan menjadikan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 sebagai permulaan terbaik untuknya. 

Lebih manis lagi, Fu Kang, 19, memecah rekod kejohanan dalam acara 100 meter kuak dada dengan catatan baru 1 minit 04.47 saat yang sebelum ini milik Shaun Yap Kah Choon dari HELP University yang mencatat masa 1:04.77s dalam edisi 2014. 

Dia turut cemerlang untuk membantu skuad 4x100 rampaian lelaki Universiti Taylor merangkul emas dengan rekod baru, 4:0.52s, namun menegaskan kejayaannya itu tidak datang bergolek. 

"Saya bangga mewakili Universiti Taylor, saya mencapai sasaran dengan memecah rekod baru kejohanan.

"Walaupun dengan status perenang kebangsaan, ia bukanlah jalan mudah kerana atlet lain gigih menjalani persiapan. 

"Kejohanan ini saya gunakan sebagai pemanas badan untuk kejohanan akan datang kerana saya mengintai tempat dalam Sukan Komanwel.

"Senarai itu akan diumumkan tidak lama lagi," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video