Atlet olahraga negara, G. Aravin Thevar, mahu lebih fokus terhadap acara 400m bermula tahun ini selepas beraksi cemerlang menerusi acara itu dalam Sukan Insititusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, hari ini.
Wakil Help Universiti berkenaan memenangi pingat emas 400m dengan catatan masa terbaiknya, 48.06s, untuk menyingkirkan atlet pilihan bagi acara itu, Muhammad Azam Masri, yang akur di tempat keempat.
Melihat kepada pencapaian itu, Aravin bertekad mahu lebih serius dengan acara tersebut bagi membantunya memperoleh pencapaian masa lebih baik dalam acara kegemarannya, iaitu 200m.
"Baru tahun ini saya lebih serius dalam 400m kerana ia boleh membantu saya dalam acara 200m. Bagaimanapun, 200m masih lagi acara utama saya.
"Saya melihat ia sesuai untuk saya. Memang saya boleh lakukan. Selepas ini, saya akan beraksi dalam kedua-dua acara itu," katanya.
Kwong Kar Jun dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat masa 48.34s untuk meraih pingat perak sementara gangsa milik atlet Kolej Komuniti Malaysia, Sharimien Saimoh(48.58s).
Aravin, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017, bakal berlepas ke Jakarta pada Jumaat ini bagi menyertai kejohanan pra-Sukan Asia.
Bagaimanapun, jelasnya, dia masih belum pasti akan menyertai kedua-dua acara itu.
"Saya akan bincang dengan jurulatih sama ada saya menyertai kedua-dua acara itu atau 200m sahaja.
"Tetapi, jurulatih setakat ini juga sangat berpuas hati dengan persembahan saya," katanya lagi.