Misi memecahkan rekod peribadi acara 100m dan 200m paling diutamakan Muhammad Aqil Yasmin yang mewakili Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, bermula hari ini.
Aqil meletakkan sasaran tinggi untuk memperbaharui rekod peribadinya bagi acara 100m, iaitu 10.48s, dan 200m dengan catatan 21.31s ketika dilakar dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak dua tahun lalu.
Dalam penampilan sulungnya dalam SUKIPT 2016, penuntut semester empat sains sukan itu meraih perak bagi acara 200m dan percaya mampu membantu UiTM memperoleh pingat emas kali ini.
"Inilah sasaran saya untuk tahun ini. Jurulatih saya pun menyasarkan untuk saya melakukan cacatan terbaik 10.48s dalam 100m dan 21.31s untuk 200m.
"Diharapkan dalam penampilan kedua ini, saya dapat memperbaikinya dan membantu pasukan UiTM," katanya.
Seorang lagi atlet, Arif Zulhilmi Alet, semestinya enggan terkecuali untuk mengekalkan pingat emas yang diraih dua tahun lalu bagi acara 400m.
Sekalipun hampa di pentas Sukan SEA 2017 selepas menamatkan larian di tempat kelima, SUKIPT ingin dijadikan permulaan terbaik untuknya pada tahun ini.
"Untuk tahun ini, saya sudah cukup bersedia dalam 400m. Saya akan cuba mengekalkan pingat emas 2014.
"Pada masa sama, saya akan cuba memecahkan rekod (47.54s) milik S. Kannathasan pada 2012," kata Arif.