Raja pecut Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018, Muhammad Aqil Yasmin, terus cemerlang mengungguli acara 200 meter pada hari terakhir saingan olahraga bagi menghadiahkan pingat emas buat Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sukan olahraga yang menjadi perhatian kini tertumpu kepada acara 200m, dengan Aqil berjaya menebus kekecewaan edisi lalu apabila berjaya meraih pingat emas.
Aqil yang sekadar meraih perak pada edisi 2016, berpuas hati apabila menepati sasaran yang telah ditetapkan oleh UiTM, sekali gus meletakkan mereka di tangga ketiga secara keseluruhan.
Ketiadaan pencabar utama, G. Aravin Thevar untuk acara ini juga memberikan peluang terbuka buat Aqil untuk mengungguli saingan tersebut.
"Persaingan tahun ini berbeza. Dalam penampilan pertama di UiTM, saya berlari bersama Aravin. Aravin tiada hari ini kerana dia menyertai kejohanan di Indonesia. Ini rezeki saya juga dapat memenangi emas," kata Aqil.
Secara keseluruhan, penuntut jurusan sains sukan ini menganggap saingan dalam SUKIPT kali ini tidak terlalu sukar untuk dirinya tetapi tidak menolak ia akan lebih mencabar pada edisi akan datang dengan kehadiran atlet baru.
"Pesaing tidak ramai. Mungkin ia akan lebih ramai lagi untuk temasya akan datang dan diharapkan saya dapat memberikan saingan yang lebih mantap lagi."
Sementara itu, Fathin Faqihah Mohd Yusof dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengungguli acara 200m wanita dengan catatan masa 25.76 saat.
Atlet yang meraih pingat gangsa 4x400 meter Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu menganggap pingat emas acara 200m itu berjaya menebus kekecewaannya yang gagal untuk mengungguli acara kegemarannya, 400m, selepas sekadar meraih tempat keempat.
"Saya rasa baik sekali kerana saya tidak menyasarkan emas dalam 200m. Acara saya adalah 400m tetapi mungkin tuah saya di sini," kata Fathin.
Savinder Kaur dari Universiti Malaya (UM) pula menguasai acara 1,500m wanita selepas mencatat 4 minit 50.27s yang juga merupakan rekod baru kejohanan, meninggalkan Teoh Kim Ling dari Politeknik Malaysia (POLIMAS) di tempat kedua.