Atlet pecut dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Aqil Yasmin, mencipta kejutan apabila mengetepikan atlet kebangsaan, Jonathan Nyepa, untuk mengungguli acara 100 meter lelaki dalam Sukan Insititusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018, hari ini.
Aqil meraih pingat emas acara reben biru itu dengan catatan masa 10.78 saat, mengetepikan Jonathan yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat kedua manakala Muhammad Nazrul Naim Azman dari UiTM meraih gangsa.
Atlet jurusan sains sukan itu tidak menjangkakan mampu mengungguli acara tumpuan itu kerana persaingan daripada Jonathan dan juga pemegang rekod kejohanan, Harith Ammar Mohd Sobri, tidak boleh dipandang mudah.
Bagaimanapun, 10.78s itu masih bukan catatan terbaik yang dilakukan Aqil setakat ini.
"Ini adalah SUKIPT kedua saya dan menyasarkan pingat emas. Alhamdulillah, saya dapat mencapainya dan mengalahkan pemegang rekod SUKIPT (Harith) dan Jonathan yang juga atlet kebangsaan," kata Aqil.
Jonathan, bagaimanapun, tidak terlalu kecewa dengan prestasinya kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan hamstring.
Dia baru sahaja kembali berlatih pada awal Januari lalu dan masih lagi berhati-hati dalam melakukan larian.
"Saya berpuas hati dengan larian tadi memandangkan keadaan (kecergasan) saya ketika ini. Perkara yang bukan dalam rancangan kita, kita tidak boleh elak. Saya sudah merancang apa yang sepatutnya kita lakukan. Seperti tadi, ada false start tetapi pegawai tidak tembak," kata Jonathan.