Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Universiti Dunia: Kem olahraga sasar tuai satu pingat, pecah dua rekod kebangsaan di Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joinah.jpg
"Satu pingat dan dua rekod kebangsaan" 

Itu apa yang dikejar kem olahraga negara di temasya Sukan Universiti Dunia 2025 yang dijadualkan akan berlangsung di Rhineruhr, Jerman, minggu depan.

Sasaran itu dianggap realistik apabila ramai atlet yang bakal terbang ke jerman nanti mempunyai peluang terbaik untuk merealisasikannya jika prestasi semasa menjadi ukuran.

Pengurus kem olahraga ke temasya Sukan Universiti Dunia, Malik Tobias, menyifatkan sasaran yang diletakkan itu realistik dengan barisan atlet olahraga yang Malaysia ada ketika ini.

Malah, Malik berasakan tidak mustahil untuk anak buahnya memberikan keputusan yang jauh lebih positif sekali gus memperbaiki sasaran yang ditetapkan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai siapa yang mampu menjelmakan rekod kebangsaan di Jerman, nama seperti Jonah Chang antara yang menjadi sandaran utama bagi merealisasikan perkara itu.

"Kita meletakkan sekurang-kurangnya satu pingat daripada kem olahraga dan dua rekod kebangsaan. Kita sasarkan enam acara yang akan ke pusingan akhir.

"Yang saya nampak ialah Jonah dalam acara lontar peluru, kalua dia konsisten dia mampu pecahkan rekod kebangsaan," katanya.

Dalam pada itu di kem pecut negara, raja pecut Sukipt 2024, Aliff Iman Fahimi, ternyata teruja selepas terpilih bersaing dalam acara riben biru bersama Azeem Fahmi di Jerman nanti.

Aliff dijangkakan bakal bersaing bersama atlet Olimpik, namun tidak ingin menjadikan ia sebagai tekanan, dengan dia ingin ambil peluang itu untuk memantapkan lagi catatan masanya.

"Bagi saya itu bukan satu tekanan, itu satu kelebihan dan beri saya semangat untuk bersaing dengan olimpian. Ia satu kelebihan buat diri saya yang bersaing dengan atlet berpengalaman." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video