Atlet lontar peluru Paralimpik negara, Ziyad Zolkefli, tidak mahu sekadar memenuhi kuota ke Sukan SEA, sebaliknya hanya kelayakan merit yang mampu memberikan kepuasan untuk dia menghadapi ujian baru bersaing dengan atlet normal Ogos hadapan.
Keputusan itu masih gagal menyamai atau melepasi catatan 16.83 meter yang turut menjulang namanya sebagai jaguh Paralimpik dunia pada 2016.
Cuma ada dua kuota buat atlet lontar peluru mewakili negara dalam Sukan SEA nanti.
Secara logiknya, hanya Ziyad dan seorang lagi atlet kebangsaan, Adi Alifuddin Hussin, mampu mengisi dua slot itu, namun Ziyad meletakkan permintaan yang lebih tinggi.
Permintaan itu perlu hadir menerusi usahanya sendiri apabila anak jati Selangor ini tidak mahu ke Sukan SEA jika ia hanya membabitkan kelayakan kuota semata-mata.
"Jika boleh, saya mahu melayakkan diri ke Sukan SEA secara merit, dengan membuat catatan sekurang-kurangnya 17.20 meter. Saya mahu memberikan yang terbaik," katanya.
Hasrat itu telah disuarakan Ziyad kepada Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, yang yakin jaguh Paralimpik itu mampu memenuhi hasrat yang diletakkan ke atas dirinya sendiri.
Dalam aksi Terbuka Singapura, minggu lalu, balingan pertama Ziyad dalam pertandingan selepas Sukan Paralimpik mencatatkan keputusan 16.54 meter dan berada di kedudukan keempat keseluruhan di bawah dua atlet Thailand dan Taiwan.
"Secara peribadi, saya telah berbincang dengan Datuk Karim dan menyatakan bahawa saya belum layak untuk beraksi dalam Sukan SEA, jadi saya akan terus berusaha untuk membuat catatan yang terbaik."