Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Zhuliang bakal tampilkan penerjun berusia 15 tahun

19117kimberlybong.jpg
Penerjun berusia 15 tahun adalah antara taruhan ketua jurulatih negara, Yang Zhuliang, dalam misi membolot 13 pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31Ogos ini, sekali gus membuktikan kualiti tinggi penerjun Malaysia.

Zhuliang bercadang menurunkan lima penerjun muda dalam temasya itu dengan rata-ratanya berusia 16 tahun kecuali Kimberly Bong yang setahun lebih muda.

Pengendali kelahiran China itu yakin penerjun muda berkenaan berada di landasan terbaik untuk bersaing dengan wakil Asia Tenggara walaupun bakal membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA.

"Kami mahu atlet muda mengambil peluang ini untuk meraih pengalaman berharga, apatah lagi beraksi di laman sendiri.

"Meskipun mereka ini muda, namun ia tidak mengubah sasaran kami untuk meraih pingat emas," kata Zhuliang.

Walaupun masih muda, namun mereka sudah mencatat beberapa kejayaan antarabangsa.

Kimberly, contohnya, sudah meraih beberapa pingat dalam Kejohanan Terjun Grand Prix FINA, terutama dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Joey Loh Zhiayi.

Dia juga dikatakan berpotensi menggantikan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

"Saya perlu berlatih dengan lebih keras kerana pusat latihan sedia ada tidak berapa bagus. Jadi, dalam sesi latihan, saya perlu berusaha lebih giat," kata Kimberly.

Advertisement

Must Watch Video