Teka-teki siapa bakal mengisi slot pemanah keempat dalam acara recurve lelaki akhirnya terjawab apabila atlet muda, Zarif Syahir, dipilih untuk menyertai barisan pemanah elit negara bagi mengibarkan cabaran dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
Mesyuarat bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) hari ini sepakat memilih Zarif, yang mengatasi Ikram Joni.
Zarif dipilih untuk mengisi slot tersebut berdasarkan prestasinya bersama skuad kebangsaan tahun ini, antaranya meraih emas dalam acara individu dan berpasukan ketika Kejohanan Memanah Asia di Yangon, Januari lalu.
"Dalam perbincangan beberapa hari ini, semua telah bersetuju memilih Zarif. Ini adalah pengalaman pertama Zarif di pentas Sukan SEA," kata Setiausaha Kehormat NAAM, Datuk Hamid Hasan.
Zarif bakal menyertai Khairul Annuar Mohamed, Haziq Kamaruddin dan Akmal Nor Hasrin dalam misi meraih emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.