Pemanah pelapis negara, Zarif Syahir, yang disenaraikan pada saat akhir menggantikan Ikram Joni untuk Sukan SEA, Ogos ini, bertekad membuktikan kehadirannya bukan satu kesilapan biarpun ada pihak melihat dia masih kurang pengalaman.
Pemanah berusia 19 tahun itu dijangka disenaraikan sebagai pemanah keempat bergantung kepada persetujuan Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan bermesyuarat pada 28 Jun ini.
Dia menjadi pilihan barisan kejurulatihan selepas mempamer prestasi cemerlang dalam Kejohanan Memanah Asia Tenggara di Yangon apabila meraih emas dalam acara individu dan berpasukan, awal tahun ini.
"Kejohanan saya yang paling tinggi adalah di Sirkit Kebangsaan di Kelantan bulan lalu. Saya dapat nombor dua. Selepas itu, emas di Myanmar.
"Itu adalah pencapaian paling tinggi pada tahun ini. Saya tidak banyak sertai kejohanan," katanya.
Bagi Zarif, kesangsian ramai pihak terhadap kemampuannya kerana tiada pengalaman hanya boleh terjawab pada prestasi hari pertandingan.
Dia yakin mampu menangani tekanan beraksi di laman sendiri walaupun ini pentas Sukan SEA pertama buat dirinya.
"Persiapan saya perlu lagi banyak kerana ini adalah kali pertama saya sertai Sukan SEA. Saya harap saya dapat buat betul-betul nanti."