Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Welson tidak mahu bebankan diri

welson-lim-240617.jpg
Perenang sensasi negara, Welson Sim, enggan meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan, sebaliknya mahu fokus dalam usaha mendapatkan pingat emas buat negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-30 Ogos ini.

Welson melakar sejarah apabila memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 400 meter dalam Jelajah Mare Nostrum di Monaco awal bulan lalu.

Lebih menarik, rekod barunya itu disulami dengan kejayaan menewaskan jaguh Olimpik dari Australia, Mack Horton.

Baginya, sudah tiba masa untuk meletakkan fokus terhadap pingat yang mahu diraih berbanding memikirkan rekod semata-mata.

“Sasaran saya adalah tiga emas dan itu sudah cukup besar buat saya,” katanya.

Welson sedar harapan rakyat Malaysia terletak di bahunya, terutama apabila akan beraksi di halaman sendiri dalam temasya dwitahunan itu.

“Kami mahu berlatih di Sarawak namun, ada sedikit kesukaran. Jadi, kami akan ke kolam baru yang akan digunakan dalam Sukan SEA untuk meneruskan latihan,” ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video