Jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, menggesa anak buahnya agar tidak terlalu memikirkan Thailand kerana ia bukan sesuatu yang mustahil menewaskan pasukan jagoan Asia itu dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
Chun Yong tetap mengambil pendekatan positif menjelang Sukan SEA kali ini.
Bagi bekas pemain negara ini, pasukannya sudah melakukan persediaan sebaik mungkin menghadapi Sukan SEA di laman sendiri kali ini.
Kerana itu, dia tidak mahu pemain terlalu risau jika berdepan Thailand kerana berasa pasukan pilihan itu juga risau apabila berdepan skuad negara di laman sendiri.
"Sudah tentu, kalau boleh, kami mahukan pingat emas.
"Berdepan Thailand, kami tidak boleh lagi menggangap ia misi mustahil untuk meraih emas kerana baru-baru ini pemain membuktikan mereka mampu menangani asakan mereka," jelas Chun Yong.
Dalam pada itu, tonggak pertahanan futsal negara, Mohd Azwann Aris turut senada dengan jurulatihnya.
Pemain futsal Felda United itu optimis kelebihan beraksi di laman sendiri akan memberi motivasi penting buat pasukan.
"Sepatutnya, kita kena meraih emas kerana kita beraksi di laman sendiri. Walaupun tekanan itu tinggi, saya percaya kami mampu melakukannya," kata Azwann.