Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: UFL, FBT dipilih pengedar barangan rasmi KL2017

060617sukansea.jpg
Football Thai (FBT) dan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) diumumkan sebagai pengedar rasmi barangan Sukan SEA 2017. 

Sebanyak 12 jenis barangan seperti baju t dan jaket bakal dijual kepada orang ramai bermula 1 Julai depan yang diharap mampu memberikan impak besar untuk negara.

Jangkaan keuntungan yang bakal diperoleh adalah sebanyak RM1.5 juta, termasuk dalam Sukan Para ASEAN yang akan berlangsung September depan. 

Bagaimanapun, pengawalan menyeluruh akan dilakukan sebaik sahaja barangan berada di pasaran bagi membendung gejala tiruan yang boleh berlaku sepanjang temasya.

"Kami akan sentiasa membuat pemantauan sepanjang kejohanan sedang berlangsung dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga nama baik kejohanan ini," kata Pengarah Urusan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Datuk Radha Krishnan.

Advertisement

Must Watch Video