Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Tunku Imran yakin Malaysia mampu muncul juara keseluruhan

070617tunkuimran.jpg
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar, percaya kontinjen negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan mempunyai peluang cerah muncul juara
keseluruhan berlandaskan kualiti menyeluruh atlet negara kali ini.


Keyakinan Tunku Imran juga adalah selepas bertemu sendiri dengan wakil persatuan sukan kebangsaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Akhir Sukan SEA Kuala Lumpur.

Walaupun mesyuarat dua hari yang berakhir hari ini hanya membabitkan sukan individu, Tunku Imran mengagumi nada optimis wakil persatuan sukan kebangsaan terbabit.

"Mereka memiliki tahap keyakinan yang tinggi. Kami percaya Malaysia mampu membariskan atlet yang terbaik untuk meraih kejayaan Ogos nanti," katanya.

Dalam mana-mana temasya sukan pasti akan muncul wira yang tidak didendang dalam kalangan atlet dan Tunku Imran percaya ia akan muncul dalam kalangan atlet negara.

Tunku Imran turut berasakan beberapa atlet muda negara akan turut menyerlah di laman sendiri kali ini.

"Apa yang istimewa mengenai Sukan SEA adalah terdapat beberapa atlet muda mampu meraih pingat emas dan mencipta kejutan."

Advertisement

Must Watch Video