Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Tiket 19 jenis sukan mula dijual

khairy-jamaluddin-040717.jpg
Orang ramai sudah boleh mendapatkan tiket Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) yang akan mula dijual hari ini secara atas talian dengan harga yang berpatutan, antara RM10 hingga RM20. 

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bahawa penjualan tiket hanya melibatkan 19 jenis sukan, termasuk upacara pembukaan dan penutup KL 2017. 

Sementara itu, bagi 32 acara sukan lagi, antaranya olahraga, memanah dan boling tenpin, orang ramai boleh memasuki venue secara percuma. 

"Ini salah satu pendekatan kami mengawal penyokong adalah melalui tiket, iaitu sukan yang mempunyai kapasiti yang terhad dan populariti yang tinggi," ujar Khairy. 

Khairy berkata Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC) bersetuju setiap pembeli hanya boleh mendapatkan empat keping tiket bagi membendung masalah ulat tiket. 

"Ini supaya tiada pembelian secara pukal, begitu juga dengan penjualan tiket di kiosk." 

Advertisement

Must Watch Video