Dua bulan menjelang pembukaan tirai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, isu kecederan dan kecergasan menjadi kegusaran skuad tenis wanita negara yang perlu menghadiahkan pingat buat kontinjen negara.
Setiap kali topik sukan tenis dibincangkan, Malaysia akan memandang kepada Jawairiah Noordin dan S.Theiviya.
Ketika ini, kebimbangan terarah kepada Jawairiah yang perlu menangani kecederaan lutut kanan.
"Insya-Allah tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan, cuma perlu menjalani rawatan pemulihan.
"Saya harap kecederaan ini tidak berapa teruk. Tiada masalah ketika membuat larian ke arah jaring tetapi kesakitan mula dirasai apabila membuat larian side step," ujar Jawairiah.
Jawairiah dan Theiviya diharapkan berupaya menyumbang pingat dalam acara beregu berdasarkan prestasi semasa.
Theiviya turut akur aspek kecederaan serius berupaya memusnahkan aspirasi mereka.
"Saya menjalani pembedahan dua tahun lalu, saya tahu tubuh saya mudah mengalami kecederaan. Jadi, buat masa ini, saya mengambil langkah berhati-hati dan cuba mengelak daripada memberi tekanan tambahan kepada tubuh," jelas Theiviya.