HOKI
Sukan SEA Thailand: 'Satu kerugian, beri manfaat buat negara lain'
Senario jurulatih sukan tempatan dipancing negara luar sudah menjadi kebiasaan dan ianya sudah mula melibatkan sukan hoki.
Bekas penjaga gol kebangsaan, Roslan Jamaluddin, berkongsikan bahawa kem hoki negara perlu berwaspada dengan keupayaan taktikal Megat yang mempu menjadi duri dalam daging buat skuad negara di Sukan SEA Thailand nanti.
Jika tahun-tahun terdahulu, jurulatih berkaliber seperti K. Rajan, Lim Chiow Chuan, Dharma Raj Abdullah, Iman Gobinathan dan terbaru adalah Megat Azrafiq pula dipancing negara jiran iaitu Thailand.
Iklan
Meskipun tahap kualiti di peringkat Asia Tenggara masih didominasi kem negara, namun kejutan seperti di Sukan SEA Kemboja menerusi aksi final hoki dalam dewan, di mana skuad Indonesia kendalian Dharma Raj berjaya melakar magis tersendiri apabila menumbangkan skuad negara dan meraih pingat emas.
Kini giliran Thailand menggunakan pendekatan sama dengan harapan mampu berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik dalam acara hoki 5 sepasukan.
"Bagi saya memang satu kerugian, kerana jurulatih Megat ini saya tahu kemampuan dia. Kita perlu berjaga-jaga terutamanya persediaan kita untuk Sukan SEA.
"Thailand akan menjadi lawan kita nanti. Apabila jurulatih Dharma di Indonesia, kita nampak perubahan drastik untuk acara hoki dalam dewan yang merampas pingat emas daripada Malaysia.
"Ia satu kerugian kerana secara tidak langsung akan memberikan manfaat buat negara lain." katanya.
Must-Watch Video