Barisan pemain sepak takraw negara sedang menanti penuh debaran senarai akhir pemain yang akan diumumkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi mengibarkan cabaran
dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.
Antara pemain yang sedang menghitung nasib bersama skuad kebangsaan adalah apit kiri, Syazreen Qamar Salehan, yang mengimpikan beraksi di laman sendiri, Ogos depan.
Dua tahun lalu, dia terpaksa berputih mata kerana dijangkiti virus kencing tikus, sekaligus tidak bersama mencipta kejayaan meraih emas dalam acara regu lelaki di Singapura.
"Saya berharap dapat bermain dalam Sukan SEA kali ini selepas terlepas aksi di Singapura, dua tahun lalu," katanya.
Turut memasang impian bersama skuad kebangsaan adalah perejam, Mohd Azlan Alias.
Antara perejam terbaik negara ketika ini, ditambah pula membantu pasukannya, Penang Black Panthers, menjulang kejuaraan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, Azlan yakin dia akan berada dalam senarai akhir yang akan diumumkan PSM selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ketika ini, terdapat 29 pelatih dalam skuad kebangsaan dan hanya 25 sahaja akan terpilih mewakili negara ke Sukan SEA.
"Saya yakin dengan prestasi saya dan akan terus berusaha mempertingkatkan mutu permainan untuk dipilih menyertai skuad negara ke Sukan SEA," kata Azlan.