Bekas pelari pecut Indonesia, Suryo Agung Wibowo, percaya Khairul Hafiz Jantan mampu bangkit dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos nanti biarpun gagal melakukan catatan terbaik dalam Kejohanan Olaharaga Terbuka Singapura, 28 April lalu.
Khairul Hafiz hanya menduduki tangga ketujuh dalam saingan akhir 100 meter dengan catatan 10.86 saat di Singapura.
Ia bukan satu catatan membanggakan, apatah lagi dia pernah mencipta sensasi ketika Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak tahun lalu dengan mencatat 10.18 saat untuk memecahkan rekod kebangsaan.
Ia lebih 0.01 saat daripada catatan Suryo Agung yang masih memegang rekod pelari terpantas Asia Tenggara apabila melakar 10.17 saat ketika Sukan SEAVientiane, Laos 2009.
"Saya percaya atlet-atlet yang bersaing masih belum berada di prestasi kemuncak kerana mahu memberikan yang terbaik di Kuala Lumpur, Ogos nanti," kata Suryo Agung.
Untuk Sukan SEA kali ini juga, Suryo meramalkan akan berlaku pertembungan sengit dalam acara 100 meter memandangkan prestasi pelari dalam kalangan negara ASEAN bukan calang-calang seperti yang ditampilkan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura tempoh hari.
"Saingan yang sengit bakal ditampilkan oleh pelari pecut dari Malaysia, Filipina dan Indonesia. Saya percaya ia bakal menjadi satu acara yang dinanti-nanti untuk melihat siapa yang bakal diangkat sebagai pelari terpantas Asia Tenggara."