Kejohanan Skuasy Klasik New Zealand menjadi tumpuan lima atlet negara yang akan mempertaruhkan aksi mereka, sekaligus menjadi sebahagian daripada persiapan Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos nanti.
Mohd Syafiq Kamal, Addeen Idrakie, Ng Ean Yow, Ivan Yuen dan Sanjay Singh bakal membawa cabaran negara di New Zealand, dari 8 hingga 11 Jun ini.
Adden yang tewas seawal pusingan pertama dalam kejohanan sama tahun lalu, berharap dia mampu melangkah lebih jauh dalam edisi kali ini, iaitu sekurang-kurangnya ke suku akhir.
Sedar kesukaran untuk melangkah ke final, dia tetap positif bahawa kejohanan ini mampu memberi sesuatu yang bernilai untuknya menguji kemampuan sebelum beraksi dalam Sukan SEA bagi mengekalkan pingat emas yang diraihnya, dua tahun lalu.
"Berdasarkan prestasi dalam pasukan Malaysia, memang kita tidak mempunyai masalah untuk memenangi pingat emas.
"Tahun ini, saya tidak banyak beraksi dalam acara individu dan dalam Sukan SEA nanti, mungkin saya akan fokus kepada acara berpasukan dan beregu," ujar Addeen.
Seorang lagi pemain negara, Syafiq, yang kini di ranking ke-99 dunia, menyasarkan saingan di New Zealand itu nanti mampu menaikkan kedudukannya untuk setidak-tidaknya berada dalam kelompok 80 pemain terbaik dunia.
"Kejohanan itu penting buat saya memperbaiki ranking dunia.
"Saya menyasarkan untuk mara ke suku akhir dan selepas peringkat itu, barulah saya memikirkan percaturan seterusnya," katanya.