Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Skuad ragbi umum senarai pemain awal bulan depan

19717ragbimalaysia.jpg
Jurulatih skuad ragbi tujuh sepasukan negara, Mohd Saizul Hafifi Md Noor, akan mengumumkan senarai muktamad 12 pemain bagi menghadapi Sukan SEA 2017, awal bulan depan.

Persiapan fasa akhir, ujarnya, kini disertai 16 pemain dengan kesemua mereka mempamerkan aksi yang baik sepanjang sesi latihan dan siri pemanas badan.

Menurut Saizul Hafifi lagi, perlawanan persahabatan bertemu Pasukan Ragbi Terengganu (TRT), Jumaat ini, akan menjadi medan terakhir untuk menilai prestasi pemain-pemainnya.

“Agak sukar untuk menggugurkan empat nama memandangkan kualiti pemain yang hampir sama.

“Keupayaan untuk membuat keputusan dalam perlawanan ialah aspek yang akan membezakan mereka,” katanya.

Skuad ragbi lelaki negara kini menjalani latihan di Terengganu dan akan ke Pulau Redang, hari ini, untuk kem bina semangat serta aktiviti komuniti.

Dengan enam pemain daripada skuad pingat perak dalam temasya 2015 di Singapura masih dikekalkan, Saizul Hafifi turut berikrar menghadiahkan emas di bumi sendiri daripada sukan ragbi.

Tambahnya, ketua pasukan, Mohd Zulkifli Azmi, kekal menjadi sandaran sambil mengakui juara bertahan, Filipina, Thailand dan Singapura sebagai tiga pasukan yang mempu menghalang impian Malaysia.

Dengan persiapan rapi dijalankan sejak Disember lalu, termasuk siri jelajah ke Australia, Sabah, Singapura dan New Zealand, Saizul Hafifi semestinya berharap pasukannya mengekalkan prestasi terbaik.

“Majlis Sukan Negara (MSN) menyasarkan untuk mempertahankan pingat perak. Namun, kelebihan selaku tuan rumah harus dimanfaatkan untuk memenangi emas,” ujarnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video