Skuad petanque negara mendapat kelebihan besar menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini, apabila diberi peluang berlatih lebih awal di Taman Pudu Ulu yang bakal menjadi gelanggang rasmi pertandingan.
Dikenali sebagai Arena Petanque Kuala Lumpur, venue yang dianggarkan memakan kos RM8 juta ini mempunyai 32 gelanggang dengan 24 daripadanya berbumbung.
Jurulatih petanque negara, Zani Lisa Mohamed, nyata berpuas hati dengan gelanggang itu yang dilabelkan kemudahan berkelas dunia.
Dia juga gembira kerana pemainnya dibenarkan berlatih tiga bulan lebih awal kerana mampu membantu mereka menjalani persiapan rapi bagi menghadapi temasya dwi-tahunan itu.
"Saya sudah banyak ke luar negara, ini antara gelanggang yang terbaik. Ini kerana spesifikasi gelanggang ini mengikut apa yang diguna pakai dalam Kejohanan Dunia.
"Jadi, tiada rungutan daripada atlet, sebaliknya mereka sudah semakin selesa dengan permukaan gelanggang," kata Zani.
Sementara itu, atlet petanque, Anis Amira Basri -- yang bakal beraksi dalam acara beregu campuran -- memuji lapisan gelanggang yang menggunakan tar, sama seperti kebanyakan gelanggang di luar negara.
"Di bahagian dasar gelanggang menggunakan tar diikuti batu. Jadi, pihak lawan negara lain tidak akan menjangkakan bahawa kita menggunakan gelanggang seperti ini, bukannya sekadar pasir biasa," jelas Anis.