Atlet menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi, sudah mendapat gambaran awal cabaran yang bakal dihadapi menjelang temasya Sukan SEA 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan selepas menamatkan Kejohanan Asia Tenggara (SEASA) Ke-41 dengan pingat perak dalam acara 50 meter rifle tiga posisi.
Hanya tempoh dua minggu buat Suryani menjalani persiapan menghadapi kejohanan ini selepas tidak menyertai saingan Trofi Ally Ong, bulan lalu.
Dalam saingan 50m rifle tiga posisi itu, dia mempamerkan persembahan cemerlang untuk bersaing hebat dengan penembak Singapura, Jasmine Ser Xiang Wei.
Namun, memasuki disiplin berdiri, Suryani gagal meneruskan rentak dan dipintas seorang lagi penembak Singapura, Lim Yee Xien.
Hasilnya, Suryani terpaksa menamatkan saingan di tempat ketiga, namun atas faktor diplomatik, dia mendapat pingat perak.
Terlebih dahulu, Suryani meraih emas berpasukan acara 50m rifle di samping gangsa bagi saingan individu.
"Saya cuba mewujudkan suasana gemuruh untuk membiasakan diri dengan Sukan SEA.
"Alhamdulillah, saya mampu menangani situasi itu tetapi beberapa perkara lagi masih perlu dipertingkatkan," katanya.
Sementara itu, jurulatih menembak kebangsaan, Sabki Mohd Din, yakin kem latihan di Korea Selatan yang bermula 17 Mei ini dapat meningkatkan lagi persiapan skuad negara untuk menghadapi temasya dwi-tahunan itu.
Selain menjalani program latihan, skuad negara dijangka menyertai dua pertandingan sepanjang 42 hari di sana.
"Kami sudah merancang untuk mengadakan latihan bersama pasukan Korea.
"Di sana nanti, kami akan menyertai dua kejohanan," katanya.