Jurulatih memanah compound kebangsaan, Zaki Mahzan, berharap agar momentum yang dipamerkan skuad negara dalam saingan Piala Asia di Taiwan dapat diteruskan bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Skuad compound negara memperoleh keputusan yang cukup baik di Taiwan apabila meraih dua pingat perak serta satu gangsa.
Pingat perak diraih dalam acara individu lelaki menerusi Lee Kin Lip serta skuad berpasukan lelaki yang dibarisi Kin Lip, Zulfadhli Ruslan dan Juwaidi Mazuki manakala gangsa disumbangkan oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh dalam acara individu wanita.
"Mungkin ini adalah kejohanan terakhir sebelum Sukan SEA dan atlet-atlet menunjukkan pencapaian yang baik.
"Setakat ini, prestasi pasukan nampak bagus, cuma kombinasi berpasukan perlu dipertingkatkan lagi," kata Zaki.
Bagi dua pemanah negara, Kin Lip danZulfadhli, aksi di Taiwan menambah keyakinan mereka untuk mempertahankan emas acara berpasukan dalam saingan Sukan SEA nanti.
"Kejohanan ini masih membuktikan Malaysia memiliki antara skuad compound terbaik di Asia Tenggara," ujar Kin Lip.
"Kejohanan ini adalah medan terbaik untuk pasukan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA dan Malaysia berada jauh di hadapan berdasarkan pertemuan dengan Singapura dan Thailand ketika di peringkat suku akhir dan separuh akhir," kata Zulfadhli.