Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad lawan pedang pertaruh muka berpengalaman

200117-lawan-pedang.jpg
Ketiadaan tonggak acara sabre, Yu Peng Kian, dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos nanti, memaksa skuad lawan pedang beralih kepada atlet senior lain seperti Joshua Koh untuk memacu misi "Kita Juara".

Difahamkan, kecederaan lutut yang berpanjangan memaksa Olimpian negara itu melupakan kerjaya sebagai atlet. 

Senario itu menyaksikan skuad lawan pedang meletakkan harapan kepada pakar epee, Joshua, untuk mengetuai cabaran emas negara memandangkan dia pernah memenangi pingat emas edisi 2010 di Indonesia. 

Tekanan sudah pasti tinggi buat sukan itu memandangkan hanya kategori individu dipertandingkan. 

"Tanggungjawab saya agak besar kerana saya mahu merampas semula pingat emas yang dimenangi sebelum ini.

"Tekanannya pada saya sama sahaja, saya perlu melaksanakan tugas saya," katanya.

Joshua turut berasakan kehadiran jurulatih dari Korea Selatan, Joung Hoon, sejak sembilan bulan lalu menawarkan kestabilan dalam skuad epee dan foil. 

Foil juga acara tumpuan negara berdasarkan kemampuan seorang lagi tonggak wanita, Nathasha Ezzra Abu Bakar.

"Sudah tentu kehadirannya sesuatu yang positif kerana sebelum ini, kami tidak memiliki jurulatih untuk membimbing kami. 

"Sekurang-kurangnya, dia akan menyediakan program buat kami dari segi kecergasan, teknikal dan skil."

 

Advertisement

Must Watch Video