Kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan atlet kuda lasak negara sekiranya berhajat menyapu bersih dua pingat emas di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, 20 Ogos ini.
Dengan lima daripada enam atlet adalah kelahiran Terengganu, prospek emas dalam acara 80km dan 40km dilihat cerah walaupun berita penarikan diri Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, lebih menjadi perhatian.
Lima anak jati negeri itu ialah Muhammad Fuad Hashim, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong, Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan, dan atlet tunggal wanita, Azizatul Asma Abdullah.
Melengkapkan skuad negara ialah atlet kelahiran Kelantan, Mohd Yusran Yusuf.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat, persediaan mereka kini di tahap terbaik untuk menyumbang kepada sasaran 111 pingat emas keseluruhan.
Ujar Rozi, dua pingat emas daripada acara kuda lasak mampu direalisasikan melihat kepada kesungguhan atlet negara yang turut disifatkannya bertaraf antarabangsa.
“Mereka bukan calang-calang atlet, malah Mohd Bulkhari dan Muhammad Fuad juga mewakili negara dalam Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) di Slovakia, tahun lalu.
“Dua pingat emas boleh dimenangi andai tidak berdepan masalah dengan kuda pada hari temasya berlangsung,” katanya.
Sementara itu, Rozi juga melahirkan kebanggaannya apabila Malaysia bakal diwakili 75 atlet kelahiran negeri itu – jumlah terbesar berbanding negeri-negeri lain.
Jelasnya, jumlah itu semakin meningkat selepas hanya 50 atlet Terengganu beraksi dalam Sukan SEA 2015 di Singapura.
“Ini perkembangan positif untuk sukan di Terengganu. Kesemua atlet diharap mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi,” tambahnya lagi.
Rozi ditemui selepas Majlis Pra-Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, yang dirasmikan Sultan Mizan, kelmarin.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.