Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad kriket wanita negara sasar emas

31119winnie.jpg
Kapten pasukan kriket wanita kebangsaan, Winnie Anne Duraisingam, menganggap tidak keterlaluan jika dia dan rakan sepasukannya menaruh harapan tinggi untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA, 19-31 Ogos nanti, selepas sukan tersebut buat kali pertama dipertandingkan dalam temasya itu.

Bagi pemain berusia 24 tahun berkenaan, peluang beraksi dalam temasya dwi-tahunan itu tidak harus disia-siakan memandangkan ia diadakan di laman sendiri.

Seiring dengan sasaran Persatuan Kriket Malaysia (MCA) yang menyasarkan pingat emas, Winnie percaya ia dapat direalisasikan berdasarkan prestasi semasa skuad negara.

Tiada masalah dari segi pengalaman kerana mereka pernah bertanding dalam Sukan Asia 2014 di Incheon yang menyaksikan skuad negara berada di tempat kesembilan.

"Ini adalah peluang baik buat kami untuk menyertai Sukan SEA. Ia juga peluang untuk membuktikan kemampuan kami kepada negara kerana kami bermain di laman sendiri," katanya.

Untuk persediaan demi temasya itu, skuad negara akan terbang ke Thailand, Mac nanti, bagi mengharungi aksi persahabatan menentang Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Saya melihat banyak perubahan dalam skuad wanita. Kami telah menunjukkan sikap kerjasama dan mempamerkan sebuah pasukan yang baik," katanya.
.

Advertisement

Must Watch Video