Skuad kriket lelaki negara bukan sahaja memandang kepada keinginan memenangi emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebagai sandaran semangat tetapi kemungkinan untuk turut mencipta sejarah.
Kriket adalah antara enam sukan yang akan membuat penampilan sulung dalam temasya dwitahunan itu.
Berbeza dengan skuad wanita, skuad lelaki akan menghadapi pemburuan dua pingat emas dalam acara T20 dan 50 overs.
Menuju kepada kem latihan fasa akhir, pengurusan sedang dalam perincian untuk memuktamadkan skuad yang akan memikul cabaran itu.
"Pada peringkat awal, kami memiliki 90 pemain yang menjalani ujian untuk beraksi dalam Sukan SEA. Kami meletakkan sasaran untuk memenangi dua pingat emas," kata pengurus skuad kriket lelaki negara, R. Shanker.
Sejak kali pertama skuad Sukan SEA ini dibentuk hampir setahun lalu, pelbagai aksi berkualiti yang sudah mereka lalui.
Antaranya siri perlawanan menentang tentera Sri Lanka pada pertengahan bulan ini, yang membariskan kalangan pemain terbaik mereka.
"Singapura merupakan antara pencabar utama Malaysia dalam Sukan SEA. Kami telah mengenalpasti kebolehan mereka dan yakin kejayaan mampu diraih."