Skip to main content

Hoki

Sukan SEA: Skuad hoki jalani latihan fasa awal

hoki-sukan-sea-270717.jpg
Pasukan hoki negara kendalian Stephen Van Huizen membuktikan reputasi sebagai pilihan utama Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan, apabila membelasah Skuad Projek 2020, 6-1 dalam aksi persahabatan, hari ini.

"Saya sudah menjangkakan corak permainan barisan pemain saya tidak begitu tajam.

"Kami dalam persiapan rapi untuk menghadapi Sukan Asia. 

"Prestasi pemain agak berkarat dan kami bukannya mengejar keputusan.

"Kami hanya mahu bermain dengan baik meskipun dalam kepenatan," kata Van Huizen selepas menyaksikan anak buahnya mula turun padang sejak mengharungi kempen separuh akhir Liga Hoki Dunia di London, bulan lalu. 

Dalam masa yang sama, The Malaysian Hockey Tigers turut mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan. 

Tambah beliau lagi: "Walaupun selaku pasukan pilihan kerana merupakan pasukan ranking tertinggi dunia dalam Sukan SEA, kami akan meluangkan selama tiga minggu sebagai persiapan memenangi emas. 

"Saya tidak menjangkakan pemain akan berada dalam prestasi terbaik dalam tempoh tiga minggu ini kerana sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani program berat. 

"Menjelang Sukan SEA kelak, kami akan mengurangkan beban latihan agar dapat memulihkan kesegaran."




 

Advertisement

Must Watch Video