Pasukan bola tampar negara mengambil sikap tidak mahu memikirkan keengganan negara-negara menyertai Kejohanan Pra Sukan SEA, bulan depan, sebaliknya mahu fokus kepada prestasi mereka sendiri.
Kejohanan Pra Sukan SEA akan bermula pada 19 Julai dan skuad kebangsaan mahu menjadikannya sebagai platform untuk menghadapi kejohanan sebenar pada Ogos.
Kebanyakan negara Asia Tenggara tidak mahu menyertai kejohanan itu dan menyebabkan Malaysia akan hanya menerima penyertaan daripada kelab-kelab luar.
Bagi ketua jurulatih skuad bola tampar negara, Tey Yeu Siong, itu tidak menjadi masalah kerana cabaran daripada pasukan kelab juga tidak boleh dipandang rendah serta mampu membantu pasukan Malaysia mengenal pasti kelemahan mereka.
“Kami akan menjemput pasukan semi pro untuk menyertai kejohanan itu, antaranya dari Thailand dan Indonesia,” katanya.
Dalam masa sama, Yeu Siong mahu memastikan anak buahnya berada dalam prestasi terbaik serta sentiasa cergas kerana ada sesetengah pemain yang mengalami kecederaan kecil sewaktu latihan.
“Memang ada sesetengah pemain yang mengalami kecederaan tetapi saya rasa mereka akan pulih dalam masa seminggu,” katanya.