Tiga siri Piala Dunia yang bermula pertengahan bulan ini menjadi sandaran buat atlet memanah recurve negara, Haziq Kamaruddin, untuk memperbaiki kedudukan ranking di samping menjadi medan persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.
Haziq serta anggota skuad recurve yang lain akan ke Shanghai, China, Jumaat ini untuk siri pertama saingan Piala Dunia.
Selain itu, mereka juga akan menyertai siri berikutnya di Turki dan Amerika Syarikat bulan depan.
Tidak meletakkan sebarang sasaran terlampau tinggi, Haziq bagaimanapun bertekad ingin memastikan dia mampu memperbaharui kedudukannya dalam ranking dunia.
"Saya mahu melakukan yang terbaik berbanding Sukan SEA yang lepas. Saya menyediakan diri saya daripada segi mental dan fizikal untuk membantu Malaysia meraih pingat emas," katanya.
Haziq sudah pasti akan menjadi antara taruhan skuad recurve negara dalam Sukan SEA nanti.
Pada edisi 2015 Singapura, dia meraih pingat perak dalam acara individu serta emas acara berpasukan bersama Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Ikram Joni.
Justeru, dia ingin memastikan kekecewaan dalam acara individu dapat ditebus pada edisi kali ini di samping mempertahankan gelaran berpasukan.
"Dalam Siri Piala Dunia, saya memberikan fokus untuk pungutan mata dalam saingan individu."