Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Shaheera bukti pemilihan tepat

shaheera-160717.jpg
Penembak negara, Shaheera Rahim Raja, membuktikan pemilihannya ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebagai keputusan tepat apabila menjuarai acara 10 meter air rifle wanita di Kejohanan Menembak Kebangsaan sekaligus mengetepikan pencabar kontroversi, Muslifah Zulkifli.

Kehadiran Muslifah di final 10m air rifle wanita menjadi tumpuan pada aksi hari terakhir di Lapang Sasar Subang selepas digugurkan daripada program podium.

Dia memberikan tentangan sengit namun dua penembak Sukan SEA, Shaheera dan Nur Izazi Rosli, berjaya mengekalkan bidikan yang konsisten.

Shaheera muncul juara dengan 246.8 mata yang juga rekod baru final, meninggalkan Izazi dengan pingat perak dan Muslifah dengan gangsa. 

"Ini adalah latihan untuk kami dan juga pembakar semangat menjelang Sukan SEA, bulan depan," kata Shaheera.

Dalam masa sama, Izazi berpuas hati dengan aksinya namun bertekad mahu meningkatkan prestasi dalam saingan di Kuala Lumpur nanti.

"Setakat ini, saya berjaya melakukan aksi terbaik namun berharap dapat melakukan lebih ketika di Sukan SEA nanti," kata Izazi.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video